Wednesday, April 21, 2010

The art of smiling

Isn’t it great if you wake up in the morning
and see others smiling at you?
Isn’t it even greater if you can smile at others too?
It is even greater if you can smile inline with your heart,
even the world outside is the other way around?
 That is the value that I want to instill in my apprentices’ heart.
The lesson only took a few second
and they were able to produce bright and cheerful smiles
that can even melt others’ heart.  

The tips of the art of smiling are:-
1. Lift up your cheek.

2. Narrow you eyes a bit.
3. Display your teeth.
4. Get the help from your eyebrows.
5. Show the joy especially in your eyes
6. Be confident.
7. Lastly, be sincere.

 by Mohamad Shuhmy for everyone

Monday, April 19, 2010

Memory of Turning Point of My Life

Kepentingan Teknologi Pendidikan Dalam P & P

Berbagai-bagai takrifan telah diberikan mengenai teknologi pendidikan:
"Teknologi pendidikan ialah gabungan manusia, peralatan, teknik dan peristiwa yang bertujuan untuk memberi kesan baik kepada pendidikan"
(Crowell (1971):Encyclopedia of education)

"Teknologi dalam pendidikan ialah penggunaan kemahiran dan teknik moden dalam keperluan latihan, yang meliputi kemudahan belajar dengan menggunakan persekitaran setakat mana ianya menimbulakn pembelajaran"
(Uhwin Derek (1976): Applying Educational Technology)

Kesimpulan: Teknologi pendidikan ialah satu sistem yang meliputi alat dan bahan media, organisasi yang digunakan secara terancang bagi menghasilkan kecekapan dalam pengajaran dan keberkesanan dalam pembelajaran.

Kepentingan teknologi pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran:
♥ Melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran kerana
   berfokuskan kepada isi-isi penting kepada topik yang akan
   disampaikan.
♥ Menjimatkan masa, tenaga dan wang.
♥ Mengelakkan rasa bosan pelajar seterusnya mengekalkan minat
   pelajar dan juga boleh menghiburkan pelajar.
♥ Mengelakkan berlakunya tidak faham atau salah tafsir terhadap
   konsep melalui deria melihat, mendengar atau menyentuh.
♥ Membetulkan sebarang kekeliruan atau salah tafsir kerana ia
    memberi sesuatu gambaran yang menyeluruh dan jelas sesuatu
    konsep dan kaitannya dengan kehidupan seharian.
♥ Melibatkan pelbagai deria pelajar. Cth: penggunaan visual yang
   diikuti oleh audio akan melibatkan deria lihat dan dengar dan
   mungkin deria sentuh. Penglibatan deria ini akan meningkatkan
   daya ingatan pelajar.
♥ Memberi kelainan dan kepelbagaian kepada kaedah mengajar.
♥ Membantu pelajar mendapat kesan pembelajaran yang maksimum
    dengan penggunaan masa yang minimum.
♥ Memperkayakan pengalaman pelajar. Cth: media bergerak boleh
   memperkayakan pengalaman murid. Kejadian yang tidak pernah
   mereka lihat atau alami akan dapat mereka saksikan sendiri dan
   ini menjadikan mereka seoalah-olah mereka mengalaminya.

Prinsip menggunakan teknologi pendidikan dalam proses P & P
♥ Ia hanya merupakan sebagai bahan bantu mengajar dan tidak
    boleh digunakan untuk menggantikan pengajaran. Ia
    digunakan untuk membantu guru mengajar sesuatu topik
    dengan lebih berkesan.
♥ Ia mesti digunakan untuk pengajaran dan bukan untuk
    hiburan dan membuang masa.
♥ Penggunaannya mesti dirancang dalam tiga peringkat iaitu:
   i. sebelum kegunaan - merancangmasa dan cara bagaimana
      mengaitkannya dengan topik pengajaran.
   ii. semasa kegunaan - merancang ulasan dan penekanan
       aspek-aspek penting yang dapat membantu pembelajaran.
   iii. selepas kegunaan - merancang aktiviti lanjutan seperti
        soalan-soalan, kesimpulan dan penilaian.
♥ Ia mesti dipilih berdasarkan kesuaiannya dari segi topik dan
    objektif pelajaran, latar belakang pelajar, saiz kelas dan
    keadaan fizikal bilik darjah.
♥ Ia mesti digunakan untuk mencapai sesuatu objektif pelajaran
    dan peringkat perkembangan pelajaran itu sama ada:
    - pengenalan topic
    - perkembangan pelajaran iaitu penerangan konsep
   - penutup dan kesimpulan topik pelajaran
   - penilaian kefahaman terhadap topik
♥ Digunakan mengikut masa yang sesuai iaitu masa yang dapat
    merangsang pembelajaran.
♥ Digunakan dengan merujuk kepadanya dan bukan sekadar
    untuk menunjuk-tunjuk sahaja.
♥ Selepas digunakan tanggalkan atau ubah supaya tidak
   mengganggu pelajar belajar seterusnya.
♥ Setelah tamat sesi pengajaran, pamerkan untuk rujukan kelas
    di papan buletin kelas.

Sumber: http://www.educ.upm.edu.my 12-04-2010

Tuesday, March 16, 2010

Pentingnya Fikiran Positif

Fikiran positif akan menghasilkan getaran positif dan seterusnya menarik perkara positif (kejayaan) kedalam hidup kita.Begitu juga emosi negative menunjukkan kita sedang berfikiran negative. Fikiran negative akan menghasilkan getaran negative dan seterusnya menarik lebih banyak masalah kedalam kehidupan kita.


Cara untuk memastikan kita sentiasa berfikiran dan beremosi positif adalah dengan memastikan kita sentiasa bersyukur dan menumpukan perhatian pada perkara yang positif. Jadi untuk mencapai kejayaan , pastikan kita sentiasa mempunyai emosi positif seperti gembira dan sentiasa melakukan kebajikan.

PENDEK KATA, SATU CARA TERBAIK UNTUK MEMASTIKAN KITA MENUJU KEJAYAAN ADALAH SENTIASA BERGEMBIRA.

Rakan-rakan yang dikasihi, bergembiralah walaupun tugasan kita ini begitu banyak sekali. Senyumlah....Ha... Ha ...