Berbagai-bagai takrifan telah diberikan mengenai teknologi pendidikan:
"Teknologi pendidikan ialah gabungan manusia, peralatan, teknik dan peristiwa yang bertujuan untuk memberi kesan baik kepada pendidikan"
(Crowell (1971):Encyclopedia of education)
"Teknologi dalam pendidikan ialah penggunaan kemahiran dan teknik moden dalam keperluan latihan, yang meliputi kemudahan belajar dengan menggunakan persekitaran setakat mana ianya menimbulakn pembelajaran"
(Uhwin Derek (1976): Applying Educational Technology)
Kesimpulan: Teknologi pendidikan ialah satu sistem yang meliputi alat dan bahan media, organisasi yang digunakan secara terancang bagi menghasilkan kecekapan dalam pengajaran dan keberkesanan dalam pembelajaran.
Kepentingan teknologi pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran:
♥ Melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran kerana
berfokuskan kepada isi-isi penting kepada topik yang akan
disampaikan.
♥ Menjimatkan masa, tenaga dan wang.
♥ Mengelakkan rasa bosan pelajar seterusnya mengekalkan minat
pelajar dan juga boleh menghiburkan pelajar.
♥ Mengelakkan berlakunya tidak faham atau salah tafsir terhadap
konsep melalui deria melihat, mendengar atau menyentuh.
♥ Membetulkan sebarang kekeliruan atau salah tafsir kerana ia
memberi sesuatu gambaran yang menyeluruh dan jelas sesuatu
konsep dan kaitannya dengan kehidupan seharian.
♥ Melibatkan pelbagai deria pelajar. Cth: penggunaan visual yang
diikuti oleh audio akan melibatkan deria lihat dan dengar dan
mungkin deria sentuh. Penglibatan deria ini akan meningkatkan
daya ingatan pelajar.
♥ Memberi kelainan dan kepelbagaian kepada kaedah mengajar.
♥ Membantu pelajar mendapat kesan pembelajaran yang maksimum
dengan penggunaan masa yang minimum.
♥ Memperkayakan pengalaman pelajar. Cth: media bergerak boleh
memperkayakan pengalaman murid. Kejadian yang tidak pernah
mereka lihat atau alami akan dapat mereka saksikan sendiri dan
ini menjadikan mereka seoalah-olah mereka mengalaminya.
Prinsip menggunakan teknologi pendidikan dalam proses P & P
♥ Ia hanya merupakan sebagai bahan bantu mengajar dan tidak
boleh digunakan untuk menggantikan pengajaran. Ia
digunakan untuk membantu guru mengajar sesuatu topik
dengan lebih berkesan.
♥ Ia mesti digunakan untuk pengajaran dan bukan untuk
hiburan dan membuang masa.
♥ Penggunaannya mesti dirancang dalam tiga peringkat iaitu:
i. sebelum kegunaan - merancangmasa dan cara bagaimana
mengaitkannya dengan topik pengajaran.
ii. semasa kegunaan - merancang ulasan dan penekanan
aspek-aspek penting yang dapat membantu pembelajaran.
iii. selepas kegunaan - merancang aktiviti lanjutan seperti
soalan-soalan, kesimpulan dan penilaian.
♥ Ia mesti dipilih berdasarkan kesuaiannya dari segi topik dan
objektif pelajaran, latar belakang pelajar, saiz kelas dan
keadaan fizikal bilik darjah.
♥ Ia mesti digunakan untuk mencapai sesuatu objektif pelajaran
dan peringkat perkembangan pelajaran itu sama ada:
- pengenalan topic
- perkembangan pelajaran iaitu penerangan konsep
- penutup dan kesimpulan topik pelajaran
- penilaian kefahaman terhadap topik
♥ Digunakan mengikut masa yang sesuai iaitu masa yang dapat
merangsang pembelajaran.
♥ Digunakan dengan merujuk kepadanya dan bukan sekadar
untuk menunjuk-tunjuk sahaja.
♥ Selepas digunakan tanggalkan atau ubah supaya tidak
mengganggu pelajar belajar seterusnya.
♥ Setelah tamat sesi pengajaran, pamerkan untuk rujukan kelas
di papan buletin kelas.
Sumber: http://www.educ.upm.edu.my 12-04-2010
kepentingan penggunaan ICT dalam P&P memang tidak dapat dinafikan, tetapi adakah semua pengguna menggunakannya berpandukan prinsip-prinsip yang telah disenaraikan di dalam artikeltersebut?
ReplyDeleteGuru yang sentiasa menggunakan ICT dalam P&P dengan berkesan dan mengikut prinsip perlu diberi kepujian.